Friday, 28 October 2011

Sekularisme di Malaysia

Sekularisme di Malaysia

1 comment:

  1. Islam yang tertegak di atas akidah, ibadah, akhlak, dan undang-undang, akan sentiasa bertarung melawan sekularisme: Sekularisme menginginkan Islam menjadi pengikutnya [dan] bukan yang diikuti.

    Oleh karena itu, Islam dan sekularisme selalu bertarung lebih dari satu aspek, Islam mesti bertarung dalam setiap sisi dari empat sisi ajarannya yang pokok, yakni akidah, ibadah, akhlak dan undang-undang.

    Sebagai kesimpulan, al-Attas dan al-Qaradawi, banyak mempunyai sisi pandangan yang sama mengenai hubungan antara Islam dan sekularisme. Al-Attas sebagai pemikir Islam yang sejati, dan al-Qaradawi sebagai ahli hukum Islam yang berwibawa, sama-sama sepakat bahawa sekularisme itu bukan saja bertentangan dengan Islam, bahkan menentang Islam. Kepekaan kedua-dua ilmuwan Islam itu terhadap permasalahan umat yang mendasar, sekaligus menunjukkan bahwa isu sekularisme tidak boleh dianggap ringan oleh orang-orang Islam sendiri. Bahaya faham sekularisme dan faham sekularisasi, serta proses-prosesnya, sama ada diperingkat individu ataupun masyarakat, pribadi ataupun negara, sepatutnya menjadikan kita perlu berwaspada lagi terhadap faham-faham yang mengiringinya, walaupun dengan nama dan 'baju' yang baru, seperti ide perubahan (change), globalisasi (globalization), pembangunan (development), dan lain-lain.

    ReplyDelete